Friday, 3 April 2015

Percayalah Allah Cintakan Kita, Walau Hambanya Jahil


Tanda-tanda Allah mencintaimu :-

Jika Allah memberi kepadamu agama dan hidayah,
Ketahuilah Allah mencintaikamu..

Jika Allah menguji kamu dengam musibah, ditimpa bala-bencana dan permasalahan,
Ketahuilah Allah ingin mendengar suara rintihanmu di dalam doa..

Jika Allah hanya memberi sedikit padamu,
Ketahuilah Allah memberi kamu lebh banyak di akhirat kelak..

Jika Allah memberi kepadamu sifat sabar,
Sesungguhnya Allah mencintaimudan kamu adalah orang yang telah berjaya..

Jika Allah memberi padamu sifat ikhlas,
Sesungguhnya Allah mengkehendaki  kamu ikhlas hanya padanya..

Jika Allah memberikanmu sifat duka,
Allah sentiasa menuggu ucapan puji dan syukur dari bibirmu..

Jika Allah memberi kekecewaan padamu,
Ketahuilah Allah ingin menguji keimanan dan sayang kepadamu..

Jika Allah memberimu harta,
Ketahuilah Allah  mencintaimu  dan mengkehendaki kamu tidak bersifat bakhil..

Jika Allah memberimu kemiskinan,
Ketahuilah akan memberi sesuatu yang lebih berharga daripada harta kekayaan..

Jika Allah memberi lidah dan hati kepadamu,
Ketahuilah allah mencintaimu gunakanlah kedua-duanya kepada jalan kebaikan..

Jika Allah memberi kepadamu solat, puasa, Al-quran dan berjaga malam,
Allah mencintaimu, janganlah kamu leengahkannya, percepatkannya dengan sempurna..

 Jika Allah menganugerahkan ISLAM kepadamu,
Ketahuilah Allah sayangkan kamu, sesungguhnya Allah mencintaimu..

Oleh : Alam Kasia


Thursday, 2 April 2015

Isteri Kita, Hur'ain (bidadari) Pun Tewas Di Akhirat


Jika kau melihat ke langit, ada kilat di langit. Jadi kau bertanya pada malaikat "cahaya apa itu di langit?", Jadi para malaikat menjawab "tidakkah kau tahu?" "Aku tidak tahu, apakah itu?" "itu adalah isteri-isterimu di syurga yang tersenyum. Dan ketika mereka tersenyum, maka ada kilat di langit". Hadith sahih dalam Musnad Imam Ahmad, bahawa ketika wanita-wanita syurga tersenyum, menyebabkan kilat di langit.

Ibnu Qayyum R.H juga membicarakan tentang Hur'ain dan para wanita di syurga, Dia memberitahu tentang Hur'ain dan berkata, "Jika wanita di dunia dapat di buat dari tanah menjadi cantik, bayangkan bahan dasar dari Hur 'ain (bidadari) adalah Zafaron." Mereka berbuat Zafaron., tidak dari tanah. Dan jika wanita dapat dibuat cantik hanya dari tanah, bayangkan bagaimana cantiknya jika wanita di ciptakan dari Zaffron.

Ibnu Qayyum R.H menyebutkan bahawa kamu boleh melihat sum-sum tulang betis mereka, begitu indahnya mereka. Dia memberitahu tubuh mereka, kecantikan mereka, muzik mereka, tentang mereka bernyanyi kepada suami mereka. Memberitahu betapa cantikdan mengagumkannya mereka dan harumnya mereka. Dia memberitahu tenaga yang diberikan Allah padamu untuk meniduri isteri-isterimu, dia memberitahu penghuni syurga tidak pernah tidur, dan dia memberitahu penghuni syurga tidak berjanggut, wanita- wanita syurga tidak berhijab, berhijab disyaratkan hanya di dunia.

Dalam hadith sahih, Aisyah R.A melihat sekumpulan berdandan lalu didepannya, dan ketika Aisyah lalu, bidadari sepenuhnya ditutupi pakaian hitam, Aisyah melihatnya lalu berkata "nikmatilah di dunia ini! Untuk kalian di dunia ini, untuk kami di akhirat." Allahuakbar! begitulah keteguhan wanita yang salehah.

Jadi, bagi para wanita yang harus menutupi dirinya dengan berhijab, maka tutupilah! untuk kalian adalah kecantikkan di akhirat kelak! Jadi ketika seorang suami beristerikan Hur'ain, Ibnu Qayyum R.H memberitahu dalam hadith sahih dalam Musnad Imam Ahmad, bahawa pada saat itu akan datang wanita lain, seorang wanita dengan kecantikan dan maha kesempurnaan yang akan membuat seorang 'raja' melupakan wanita-wanita lainnya, wanita ini adalah wanita dunia, iaitu...

Isterimu..

MashaAllah!

Oleh : Alam Kasia

Wednesday, 1 April 2015

I'm Sorry



'Putera' itu tak berniat hendak menyusahkan orang, sebesar zarah pun niat tu tak pernah wujud, tapi maaflah kalau di waktu ini 'puteri' itu merasakan terbeban, 'putera' itu perlukan secebis pertolongan dengan keadaan 'putera' itu begitu, TERPAKSA. Harfiahnya, 'puteri' itu dah tolong 'putera' itu banyak, semoga Ya Malik membalasnya. Tapi, kata-kata yang dibuang oleh'puteri' itu yang secara tidak sengaja, sedikit sebanyak menguriskan sedikit hati 'putera' itu, "siapa hendak jadi begini?" soalnya. Apa yang didambakan 'putera' itu pada kurun ini adalah yang baik-baik sahaja, tapi, Ya Malik merencanakan laluan 'putera' itu begitu, kadang-kadang hilang kewarasan juga, jiwa kepimpinan itu 'tewas', 'mati'. Walau bagaimanapun 'putera' itu nak ucapkan terima kasih dan i'm sorry.


Oleh : Putera Tempang