Monday 21 December 2015

Sakitnya!


Entah berapa kali dalam tahun ni aku mengalirkan permata jernih di pipiku, bukan aku tak kuat untuk menghadapinya tapi aku rasa seolah-olah ada insan yang tak menghargai aku.  al-kisahnya bukan kerana kasih -sayang dan cinta, ianya melibatkan ikatan kekeluargaan, kami tidaklah mempunyai tali saudara yang ramai, hanya punyai dua kerat adik beradik. Namun, rasa kebertanggungjawab tu dah tak ada salah seorang dari kami. aku yang terpaksa menyara keluarga, makan, minum, tempat tinggal bukan nak mengeluh, tapi sering kali diperalatkan begini. Ibu dan ayah tak ada untuk aku menceritakan kepayahan yang aku tanggungi.. Menjelang akhir tahun 2015 ini, aku nak ucapkan selamat tinggal kedukaan, moga ada sinar yang lebih membahagiakan datang hendaknya...

Oleh : akuyangbersedih