Friday, 27 March 2015

Lihat Awan, Ingat Bumi Di Pijak



Lebih baik memandai-mandai, dari langsung tak pandai

Oleh : Alam Kasia

Khurasan, Bermula 'Akhir Zaman'


KHURASAN...... dalam hampir seluruh hadith akhir zaman yang disampaikan ole Rasullullah SAW, memagang peranan penting. Ini kerana dari 'Khurasan' awal bermulanya akhir zaman. Persoalannya 'Khursan' berada dimana?

Berdasarkan peta nationmaster, lokasi negeri ini berada di sebelah Utara Iran (Parsi), Pakistan (Sijistan) mahupun India. Memetik dari Nationmaster, 'The older Persian province of Khorasan (also known the Greater Khorasan) included parts which are today in Iran, Afghanistan, Tajikistan, Turkmenistan and Uzbekistan.'

KHURASAN adalah sebuah wilayah yang sejak 1400 tahun yang lalu akan muncul para 'Ikhwan imam Mahdi' (sahabat yang menyokong imam Mahdi).

Sabda Rasulullah SAW :
"Panji-panji hitam akan keluar dari Khurasan, dan sementara itu kawan-kawan Al-Mahdi (pula) menuju ke Baitulmaqdis".


HARI INI.... dunia mengenalnya sebagai wilayah dengan nama Afghanistan-Tajikistan-Turkmenistan dan Uzbekistan.

Sebuah kawasan yang bergunung-ganang dengan iklim yang 'ekstrim' (musim panas yang kering dan musim sejuk yang bersalji), bahkan sering menjadikan pusat terjadinya gempa, namun meskipun dianggap sebagai negara termiskin di dunia, orang-orang Afghanistan adalah orang yang mulur dan tangguh.

Terbukti empayar Russian yang pernah menjajah mereka berjaya mereka tewaskan dan dihalau (ekonomi Rusia defisit akibat perang Afghan)

Walaupun negara tersebut sudah bebas tetapi masih dilanda pertikaian antara suku, bahkan rejim AS dan sekutunya tidak mampu menakluk pertikaian yang ada.

Meskipun jumlah pasukan dan 'teknologi' yang diturunkan tidak terhitung banyaknya, namun Khurasan seolah tidak boleh 'diratah' oleh mana-mana tangan menguasainya.




Sabda Rasulullah SAW ;_

"Al-Mahdi akan muncul setelah keluarnya panji-panji hitam dari sebelah Timur yang mana pasukan ini tidak pernah kalah dengan pasukan mana pun," (Ibnu Majah).

"Jika kamu semua melihat panji-panji hitam datang dari arah Khurasan maka sambutlah ia walaupun kamu terpaksa 'marangkak' di atas salji. Sesungguhnya ditengah-tengah panji itu ada Khalifah Allah yang dapat petunjuk". Maksudnya ialah al-Mahdi. (Ibnu Majah, Abu Nuaim & Al-Hakim)

Oleh : Alam Kasia

Sifat Pohon Yahudi (Gharqad)



Sifat penanaman pokok yahudi (gharqad) di wilayah palestine :-

1. Hutan laut tengah dan hutan semak belukar (2209 spesies)
2. Padang rumput dan hutan semak belukar (1434 spesies)
3, Semak belukar yang berumput (1062 spesies)
4. Padang pasir (1058 spesies)
5. Tumbuh-tumbuhan hijau di Gunung Hermon (991 spesies)

Al-'Ausai  atau Gharqad, si pohon Yahudi laknatullah

Nama Latin : Lycium Shawii Roem, Lycium Arabicum Schawiein Fex, Boiss Lycium Persicum Miers

Nama pokok yang dikenali sebagai 'Ausaj', 'Gharqud Sahnun' dan 'Pohon Yahudi', Rasulullah bersabda tentang peperangan 'Majdaliun' (Armageddon), puak Yahudi akan bersembunyi di balik pohon apa je, dan pohon-pohon tersebut akan mendedahkan kewujudan (menyorok) mereka dengan mengatakan, "Ada Yahudi bersembunyi dibelakangku, kemari dan bunuhlah dia!" kecuali pokok 'Gharqad' yang 'senyap/berdiam diri/bersekongkol'.
Wallahu a'lam.

Sifat Pokok Gharqad

Pohon yang berduri keras dan durinya beracun, tingginya mencapai sehingga1-2 meter. Akarnya mengeluarkan duri dan zaghab (bulu), khususnya pada bahagian hujung. Daunnya berbentuk seperti sudu kecil, berwarna hijau segar, biasanya 3 daun dilengkapi dengan duri-duri. Bunganya berwarna putih kebiru-biruan, buahnya berwarna merah bersaiz lebih kurang dengan biji buah 'Himsh'.

Manfaat Perubatan:-

Merawat penyakit tidak boleh buang air, buahnya bermanfaat merawat penyakit usu besar dan merawat penyakit kuning. 

Pokok ini selalunya berdaun di sepanjang musim, wa'ima pertumbuhannya mengalami pembaharuan pada selang antara bulan Mac-April.

Dialah 'pokok Yahudi' yang sekarang Bangsa Yahudi menanamnya secara 'mega', kerana disebutkan di akhir zaman, batu dan pokok-pokok boleh bercakap / bersuara kecuali pohon ini (gharqad).

Oleh : Alam Kasia

Wednesday, 25 March 2015

Salam Motivasi Petang


Madah petang untuk sahabat :-

"Memuji sorang sama sorang itu 'ampu' namanya, mengeji di khalayak ramai itu 'cabaran' namanya sebab itu, 'pujian' adalah racun, cacian adalah 'penawar'"

Oleh : Alam Kasia







Doa Jaljalut, Pohon Rezeki Melimpah Ruah


DOA JALJALUT
Yang ingin rezekinya melimpah-ruah dan wajahnya berseri-seri/bersinar, walaupun raut wajahnya kalut/serabut/tidak terurus maka, akan dipandangnya 'manis'. Bagi yang memandangnya, sama ada 'teman' atau 'musuh' tidak berani langsung mengucapkan kata-kata yang 'tidak elok', 'bukan-bukan', 'prasangka jahat' dan 'segan' kepada si pengamalnya, Wallah hualam..

"Sa'al tuka bil ismil mu'addhami kadruhu bi'ajin ahujin jalla jalyutiin jaljalat"

Di baca 7 kali setiap malam (hanya 7 kali, tidak lebih)

*semoga bermanfaat, panjang-panjangkanlah, ilmu Allah sangat luas

Kredit : Tok Guru di Indonesia

Oleh : Alam Kasia





Tuesday, 24 March 2015

Damailah Engkau Disana


Ya Allah
kau jauhkanlah kesengsaraan bonda dan ayahnda-Ku di alam sana, 
Kau sayangilah mereka,
seperti mana mereka menyanyangi dan mengasihi seusia kecil-Ku,
Engkau jauhkanlah mereka dari azab seksaan kubur-Mu ya Allah,
Kau lapangkan pusaranya,
Kau terangkanlah makamnya,
Jauhkanlah ayahanda dan bonda-Ku dari seksanya azab neraka,
Engkau tempatkanlah mereka dikalangan orang-orang yang beriman, bertaqwa
beramal soleh dan solehah

Ya Allah
Disaat aku kesakitan dan kemurungan kini,
aku amat rindukan gelak-tawanya,
Aku rindukan nasihatnya,
Rindukan teriaknya,
Senyuman manisnya,
Rindukan masakannya
Dan segala-galanya-Ku rindu

Ya Allah
Pernah dahulu
Di kerusi itu mereka duduk membelai rambut-Ku,
Di tilam itu mereka mendodoi-Ku sehingga lena,
Di kelambu itu berjuta nyamuk dimatikan,
Dengan kertas itu kusut lunyai dikipaskan-Ku

Ya Allah
Kau berilah pengampunan kepada ayahanda dan bonda-Ku
Tinggikanlah darjat mereka Ya Robbi,
Angkatlah mereka ke Jannah tertinggi-Mu
Permudahkanlah urusan mereka di alam sana,
Kau makbulkanlah permintaan hamba-Mu..
Kau makbulkanlah permintaan hamba-Mu.. 

Ameen

Oleh : Perindu Ayahanda & Bonda

Kuat, Tabah, Jangan Putus Asa


Hei kamu!
Teruskan usaha dan jangan putus asa,
Ingat!
'Jangan mati, sebelum kau mati'.

Oleh : Alam Kasia

Allah Sayang Kita (Siri I)


Kenapa Allah  memberikan ujian yang sedikit cuma?
kerana dia sayang..
Pilihlah 'Syurga' atau 'Neraka' 
Jika 'neraka' sedetik pun tuhan itu tidak mahu hiraukan
Jadinya?
Matilah dengan kesengsaraan, Nauzubillah..
Allah 'murka'
Tapi,
Ya Robbi sayang semuanya,
Mana mungkin dia tidak mengendahkan setiap hambanya?
Adil, saksama, menyayangi, pemaaf..
Semuanya dh ditetapkan, 'itu kau punya'
Tapi,
Kita yang selalu abaikan, tiap-tiap hari hidayah itu ada,
Alpa, lalai itulah manusia..
Dan,
Kena selalu ingat, tanda Allah sayang,
Cubaan, dugaan dihadapan mu,
Syaratnya, redha
Carilah Allah....

Oleh : Alam Kasia

Senyum Selalu


Assalamualaikum...
Semoga Allah memberikan jiwa-jiwa hambanya bahagia,
dan sihat sentiasa..
Moga hari ini lebih baik dari semalam,
Berikan hari-hariku di rahmati selalu,
Aku menanti yang tiap luarbiasa dari-MU..

#Aku bersyukur kerana dilahirkan
ISLAM

Oleh : Alam Kasia

Friday, 20 March 2015

Mangga Yang Masam


Semakin sakit, semakin manja,
Semakin jauh, semakin rindu,
Hendak didakap, bayang-bayang pula,
Tolonglah,
Berikan ubat kasih,agar tenang dalam lena,
Harapannya,
Semoga molek-molek sahaja.

Oleh : Alam Kasia



AkuAdeCherita

Pada hari jumaat @ 20.3.2015 terciptanya diari alam maya 'blogspot' yang aku wujudkan.. blog ini akan aku jadikan sebagai medan 'meluah perasaan dan informasi ilmu' untuk setapak dan setapak maju kehadapan.

Oleh : Alam Kasia