KHURASAN...... dalam hampir seluruh hadith akhir zaman yang disampaikan ole Rasullullah SAW, memagang peranan penting. Ini kerana dari 'Khurasan' awal bermulanya akhir zaman. Persoalannya 'Khursan' berada dimana?
Berdasarkan peta nationmaster, lokasi negeri ini berada di sebelah Utara Iran (Parsi), Pakistan (Sijistan) mahupun India. Memetik dari Nationmaster, 'The older Persian province of Khorasan (also known the Greater Khorasan) included parts which are today in Iran, Afghanistan, Tajikistan, Turkmenistan and Uzbekistan.'
KHURASAN adalah sebuah wilayah yang sejak 1400 tahun yang lalu akan muncul para 'Ikhwan imam Mahdi' (sahabat yang menyokong imam Mahdi).
Sabda Rasulullah SAW :
"Panji-panji hitam akan keluar dari Khurasan, dan sementara itu kawan-kawan Al-Mahdi (pula) menuju ke Baitulmaqdis".
HARI INI.... dunia mengenalnya sebagai wilayah dengan nama Afghanistan-Tajikistan-Turkmenistan dan Uzbekistan.
Sebuah kawasan yang bergunung-ganang dengan iklim yang 'ekstrim' (musim panas yang kering dan musim sejuk yang bersalji), bahkan sering menjadikan pusat terjadinya gempa, namun meskipun dianggap sebagai negara termiskin di dunia, orang-orang Afghanistan adalah orang yang mulur dan tangguh.
Walaupun negara tersebut sudah bebas tetapi masih dilanda pertikaian antara suku, bahkan rejim AS dan sekutunya tidak mampu menakluk pertikaian yang ada.
Meskipun jumlah pasukan dan 'teknologi' yang diturunkan tidak terhitung banyaknya, namun Khurasan seolah tidak boleh 'diratah' oleh mana-mana tangan menguasainya.
Sabda Rasulullah SAW ;_
"Al-Mahdi akan muncul setelah keluarnya panji-panji hitam dari sebelah Timur yang mana pasukan ini tidak pernah kalah dengan pasukan mana pun," (Ibnu Majah).
"Jika kamu semua melihat panji-panji hitam datang dari arah Khurasan maka sambutlah ia walaupun kamu terpaksa 'marangkak' di atas salji. Sesungguhnya ditengah-tengah panji itu ada Khalifah Allah yang dapat petunjuk". Maksudnya ialah al-Mahdi. (Ibnu Majah, Abu Nuaim & Al-Hakim)
Oleh : Alam Kasia
No comments:
Post a Comment