Monday, 15 June 2015

Amenn . . .


Mengaminkan bait-bait setiap khalimah kehendak, agar Allah perkenankannya dengan kadar segera.. Amenn...

Wednesday, 10 June 2015

Tragedi 'Blackhawk Down' Malaysia Heronya, Bukan Tentera US



Pada suatu ketika dahulu tentera Malaysia (dikenali sebagai MALBAT) telah terlibat dalam satu misi keamanan di somalia (Moganidshu).. Daripada misi bantuan@keamanan bertukar menjadi tragedi yang mana pasukan bantuan PBB diarahkan untuk membantu askar US yang terperangkap ditengah2 puak militian somalia. helikopter yang dikenali sebagai BLACK HAWK telah ditembak jatuh oleh militian somalia.. Oleh kerana sikap temberang atau sombong US, askar no 1 mereka terperangkap. kononnya nak tangkap pengganas secara senyap tanpa pengetahuan pihak PBB.. 

MALBAT 1 ( Kisah sebenar )

        Sebenarnya sebelum kejadian berlaku pada pagi 3 Okt 1993, MALBAT 1 menerima arahan UNOSOM bagi menyediakan 1 platun mekanis untuk membantu sebuah kenderaan trup UAE yang terkena periuk api dijalan utama menuju ke New Port. Sebaik sahaja MALBAT melapor di markas UAE, Pegawai gerakan MALBAT telah menerima arahan pembatalan misi.

              Pembatalan itu dibuat bagi membolehkan MALBAT membantu pihak yang lebih memerlukan bantuan. Misi baru tersebut adalah supaya 2 kompeni MALBAT diletakkan dibawah markas UNOSOM II bagi menyelamatkan Ranger A.S serta krew helicopter yang terlibat di kawasan kemalangan terbabit.

             Ketua kompeni B telah diarahkan membawa baki kompeninya yang berada di kem MALBAT untuk bergabung dengan platun yang berada di New Port. Platun anti-kereta kebal (AKK) menyertai kompeni B bergerak ke New Port. Di New Port dua kompeni mekanis kompeni A dan B dan platun AKK MALBAT itu telah bergabung dengan satu trup kereta kebal Pakistan dan 2 kompeni tentera A.S dari 2/14 Light Infantry Battalion dan satu kompeni Ranger yang dilengkapi kenderaan HMMWV. Gabungan ini dikenali sebagai UNOSOM II QRF.

Lt. Kol. William C David, Pegawai memerintah 2/14 Light Infantry Battalion adalah ketua kumpulan QRF sementara komander keseluruhan misi adalah Kol. Lawrence E Casper. Semua anggota raifal MALBAT diarah keluar dari kenderaan KPA (Kenderaan Pengangkutan Anggota) kecuali pegawai, Juru Radio, Pemandu dan pengendali GPMG belakang bagi membolehkan tentera A.S menaiki kenderaan ini. Mereka yang keluar dari kenderaan tidak terlibat dalam misi tetapi sebaliknya dibawa pulang ke kem MALBAT dengan selamat pada jam 10.30 pagi. Konvoi yang membawa mereka pulang ke kem MALBAT terdiri daripada 3 pegawai, 22 anggota LLP (Lain-lain pangkat), 5 buah KPA dan 10 buah lori 3 tan diketuai ajutan Teknik Rejimen MALBAT 1. Kumpulan ini adalah pasukan simpanan Aselon MALBAT yang menyediakan bantuan sekiranya diperlukan.

             Operasi ini melibatkan 113 anggota MALBAT termasuk 11 pegawai, 34 buah KPA (28 buah KPA GPMG kembar dan 6 buah KPA Oerlikon 20 mm) Perancang utama misi menyelamat MALBAT ialah Mej. Mohd Arif Hj. Shafie. Mengikut maklumatyang diterima daripada Col. Lawrence E Casper terdapat 70 anggota Ranger A.S terperangkap di lokasi 2 helikopter Black Hawk yang terhempas dimana jurutebangnya telah disyaki telah dibunuh. Mengikut konsep operasi C kompeni 2/14 Light Infantry Battalion dikenali sebagai Combat Team Alpha menaiki KPA kompeni A MALBAT dan dikenali sebagai Combat Team Charlie. Anggota Ranger A.S dikenali sebagai Combat Team Bravo menaiki HMMWV . Mereka telah menggunakan laluan New Port-Strong Point 77 untuk menyusup masuk ke lokasi anggota terperangkap menggunakan via (jalan) Roma, Strong Point 69 menerusi via Jeneral Daud dan Strong Point 207 sebelum melalui National Street.

             Kesemua combat team akan berpecah menuju ke sasaran masing-masing. Laluan pengunduran adalah menuju ke Stadium Mogadishu yang diduduki tentera Pakistan. Semasa pergerakan dari New Port ke lokasi sasaran trup kereta kebal Pakistan mendahului pergerakan ke sasaran diikuti ketiga-tiga combat team Alpha, Bravo dan Charlie. Peranan combat team Alpha adalah untuk menyelamatkan krew Black Hawk dan 70 anggota Ranger yang terperangkap di lokasi yang sebagai objektif 1 (Grid 363256) Combat team Charlie berperanan menyelamat 5 orang krew Black Hawk yang terhempas di objektif 2 (Grid 365263). Combat team Bravo berperanan sebagai pasukan simpanan hanya untuk digerakkan membantu team Alpha dan Charlie jika perlu.

                 Semasa menuju ke tempat sasaran pada jam 11.25 malam B kompeni mendahului konvoi bergerak dari New Port dengan 2 buah kereta kebal Pakistan. Bagaimanapun semasa tiba di Strong Point 69, Trup kereta kebal Pakistan menarik diri dengan alasan Markas Batalion mengarahkan mereka supaya tidak meneruskan misi tersebut. Selain itu mereka turut mendakwa senjata utama kereta kebal mengalami kerosakkan teknikal dan mereka juga tidak dibekalkan alat pandang malam. Menyedari kejadian tersebut, Combat Team Alpha diarah oleh Lt. Kol. David memintas trup kereta kebal Pakistan namun platun 2 combat team alpha terpaksa juga meneruskan misi.



           Walaupun menyedari keadaan semakin genting dan mereka bakal menghadapi serangan hendap dari militia pada bila-bila masa , unit MALBAT bertekad meneruskan misi menyelamat anggota Ranger tanpa kehadiran kereta kebal Pakistan.(Sebelumnya pihak Pakistan telah kehilangan 24 orang tentera Pakistan dan 50 orang cedera akibat dari serangan hendap oleh militia Aidid).

Selepas melepasi strong point 69 pergerakan menjadi semakin sukar lebih-lebih lagi tanpa bantuan tembakan perlindungan kereta kebal. Keadaan tersebut menyebabkan pergerakan semakin perlahan dengan kenderaan platun 2 Alpha terpaksa bergerak secara taktikal dalam suasana gelap yang hanya dibantu cahaya lampu kenderaan. Pada jam
2:40 pagi pergerakan menjadi semakin perlahan setelah konvoi menghampiri strong point 207 lantas menghadapi serangan kencang dari militia Somalia. Bagaimanapun kedua-dua combat team mengambil keputusan berpecah sebaik sahaja tiba di Shalawi Street berhampiran strong point 207. Semasa kompeni A tiba di strong point 207 mereka telah diserang bertalu-talu dengan tembakan pelbagai jenis senjata dari pelbagai sudut.

             Bagaimanapun aktiviti musuh dapat dimusnahkan dengan bantuan helicopter penyerang. Semasa tiba dilokasi sasaran, Ranger A.S yang menaiki KPA MALBAT turun daripada kenderaan untuk mara menyelamatkan rakan mereka yang terperangkap sementara KPA MALBAT memberi bantuan tembakan perlindungan. Dalam pertempuran sengit itu sebuah kenderaan platun 2, kompeni A yang menghampiri kawasan sasaran dibedil dengan RPG dari arah hadapan sehingga menembusi cermin APC condor 4X4. Kejadian jam 3:30 pagi itu telah mengorbankan Pbt. Mat Aznan, Sebaliknya serangan yang dihadapi kompeni B tidak sehebat kompeni A.

             Pada jam 4:30 pagi keadaan pertempuran semakin sengit, ketua kompeni MALBAT melaporkan 2 buah KPA kompeni A mengalami kerosakan. Keputusan diambil untuk meninggalkan kenderaan tersebut dan berudur dari lokasi sasaran pada 5:30 pagi setelah mendapati semua ranger A.S selamat menaiki KPA. 2 buah KPA dari kompeni B turut rosak akibat dibedil RPG pada pukul 4:30 pagi. Kompeni B diarah berundur bersama anggota ranger A.S yang terperangkap. Perintah berundur turut diberikan kepada kompeni A. Setelah semua kompeni telah selamat keluar, MALBAT mengarahkan helicopter penyerang memusnahkan keempat-empat KPA bagi mengelakkan senjata dari dirampas pihak militia.

                Kompeni A berundur menuju stadium Mogadishu dan tiba pada 5:45 pagi manakala kompeni B pada 6:40 pagi. Dalam pertempuran tersebut, 4 KPA MALBAT telah binasa di tempat sasaran (3 buah KPA twin GPMG dengan nombor pendaftaran ZA 9340, ZA 9341 dan ZA 9467 dan sebuah KPA meriam oerlikom 20 mm nombor pendaftaran ZA 9582). Pertempuran telah mengakibatkan 1 anggota MALBAT terkorban dan 9 cedera. Korban dikalangan militia pula adalah seramai 300 orang dan 500 cedera.

            Kerajaan dan rakyat A.S telah tersentak dengan angka korban tenteranya di Somalia (Angka korban kedua terbesar setelah berakhirnya perang Vietnam). Angka ini telah menyumbang secara lansung kepada pengunduran A.S di Somalia secara tergesa-gesa dan ini sudah tentu menyebabkan pihak berkuasa politik dan tentera A.S tidak berpuas hati dengan rekod prestasinya. Maka timbul lah sekali lagi sindrom ‘RAMBO’ dikalangan karyawan Hollywood yang telah menghasilkan filem ‘Black Hawk Down. Namun hakikatnya apa yang diceritakan menerusi filem tersebut adalah fakta yang sudah diputar belit dari fakta sebenar.



            A.S yang sepatutnya berperanan menyalurkan bantuan kemanusiaan telah bertindak campur tangan dalam operasi militari yang akhirnya telah melumpuhkan pasukan tenteranya sendiri. BLACK HAWK DOWN merupakan percubaan mengaburkan mata dunia menerusi “silap mata” spin doctor Hollywood supaya kekalahan dapat diberi ilusi kemenangan.

RINGKASAN CERITA INI - Pada 3 Oktober 1993, satu tragedi yang dinamakan “TRAGEDI BAKARA MARKET” telah menjadi satu lipatan sejarah negara dimana anggota pasukan keselamatan kita yang berada dibawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah bertempur di Bakara Market, Mogadishu, Somalia bagi menyelamatkan anggota US Rangers dan juruterbang helikopter Black Hawk. Dalam misi tersebut seorang anggota kita iaitu Pbt Mat Aznan telah terkorban.  

Sehingga hari ini rakyat Malaysia telah dihidangkan dengan propaganda US dalam filem “THE BLACK HAWK DOWN” sehingga kita sendiri tidak percaya akan kemampuan dan semangat pasukan keselamatan kita. Dengan ini saya paparkan cerita sebenar daripada wira-wira kita yang telah bermati-matian untuk menyelamatkan anggota mereka yang terkepung dari ancaman puak bertelagah di Somalia buat tatapan semua. Al-Fatihah buat Allahyarham Pbt. Mat Aznan

Al-Fatihah pada perwira kita yang terkorban.



Monday, 8 June 2015

Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck


TENGGELAMNYA KAPAL VAN DER WIJCK
Penulis : HAMKA
Penerbit : PT. Bulan Bintang
Cetakan : ke-32, Mei 2009

Pada suatu masa di Desa Batipuh, Minangkabau terjadi pertengkaran antara Mamak dan kemenakannya. Pertengkaran itu berujung pada kematian Sang Mamak, Datuk Mantari Labih ditangan kemenakannya, Pandekar Sutan. Pandekar Sutan lalu menjalani masa hukuman dan pembuangan di Cilacap dan terakhir dia dibuang ke Bugis. Setelah menjalani masa tahanan Pandekar Sutan menetap dan bekerja di Mengkasar. Kerana dia menunjukkan budi pekerti yang baik akhirnya Pandekar Sutan diambil bantu oleh seorang seorang Mengkasar keturunan melayu. Ia dinikahkan dengan puteri bongsunya bernama Habibah.

Ditahun keempat perkawinan Pandekar Sutan dan Habibah hadirlah Zainuddin. Tetapi malang diusia sembilan bulan Zainuddin harus kehilangan kasih sayang Ibunya dan dia kemudian diasuh oleh Ayahnya dan Mak Base, pembantu keluarga Pandekar Sutan yang berasal dari Bulukumba. Tak lama kemudian ketika Zainuddin masih balita Ayahnya juga berpulang ke hadirat Illahi. Mak Base-lah yang kemudian mengasuh Zainuddin hingga dewasa.

Mak Base mengasuh dan mendidik Zainuddin dengan sangat baik hingga asuhannya itu tidak lupa akar keluarganya. Darah Minang yang mengalir dalam dirinya membuat Zainuddin selalu terkenang dan berhasrat untuk bisa datang ke kampung tempat ayahnya berasal. Di Mengkasar sendiri Zainuddin tidak sepenuhnya diterima dalam lingkungan kerana orang-orang selalu memandang dirinya sebagi anak Minang. Hasrat Zainuddin untuk boleh datang ke Minangkabau sudah tidak terbendung. Dan suatu hari berangkatlah Zainuddin berlayar menuju kampung halamannya dengan diiringi deraian air mata dan alunan do’a dari Mak Base.

Setelah menempuh perjalanan laut dan darat akhirnya Zainuddin tiba di dusun Batipuh. Awalnya Zainuddin diterima dengan sumringah oleh sanak saudaranya tetapi lama-kelamaan ia pun menginsyafi bahwa adat Minangkabau sangatlah berbeda. Orang-orang memandang dia sebagai orang jauh, orang Bugis, orang Mengkasar atau dalam bahasa Minangkabau disebut “ Anak Pisang “. Di dusun Batipuh ini Zainuddin bertemu dengan belahan jiwanya bernama Hayati. Tetapi kisah cinta Zainuddin dan Hayati membentur tembok peraturan-peraturan adat, pusaka yang kokoh dan kuat dalam suatu negeri yang bersuku, berlembaga, berkaum kerabat dan berninik mamak. 

Zainuddin terpaksa menyingkir ke Padang Panjang. Selain menunggu pujaan hatinya, di Padang Panjang Zainuddin memperdalam ilmu agama dan pengetahuannya karena di kota itu telah berdiri sekolah-sekolah bagus. Tetapi penantian Zainuddin tidak berujung indah karena Hayati akhirnya memilih untuk diperistri oleh Aziz, kakak sahabatnya yang bernama Khadijah. Luluh lantaklah hati si Yatim-Piatu yang terbuang itu, terlebih lagi disaat yang sama Zainuddin mendapat kabar kalau Mak Base, pengasuhnya juga telah berpulang. 






Singkat cerita penderitaan yang datang bertubi-tubi itu membuat Zainuddin menjadi peribadi lain yang lebih tangguh. Berbekal wang warisan dari ayahnya Zainuddin mempertaruhkan peruntungan nasibnya di tanah Jawa. Kota pertama yang disinggahinya adalah Jakarta. Di Jakarta dia bekerja sebagai penulis lepas yang membuat hikayat atau cerita bersambung. Tulisan Zainuddin banyak peminatnya karena jiwa pengarangnya membuat dia selalu mengasilkan hikayat atau cerita yang isinya sangat menyentuh kalbu pembacanya. Zainuddin di kenal oleh pembacanya dengan nama pena “ Z ”. Keberhasilan Zainuddin menaklukkan Jakarta tidak terlepas dari jasa Muluk seorang “ perawa ” yang memilih insyaf dan selalu memanggil Zainuddin dengan sebutan Guru. 

Tak berapa lama tinggal di Jakarta, Zainuddin memutuskan untuk pindah ke Surabaya dengan alasan supaya dia boleh lebih dekat dengan kampung halamannya di Mengkasar. Berbekal pengalaman di Jakarta tak sulit bagi Zainuddin untuk memperoleh kejayaan di Surabaya. Di Surabaya Zainuddin selain dikenal dengan nama pena “ Z “ ia juga di kenal dengan nama “ Tuan Shabir “. Zainuddin juga aktif di perkumpulan “ Anak Sumatera “ dan menjadi motor penggerak dari kelompok Tonil “ Andalas “

Di Surabaya ini lah cinta Zainuddin dan Hayati di uji kembali. Sayangnya kisah cinta kedua anak manusia yang saling mengasihi ini tidak membuahkan kebahagiaan di dunia. Jiwa keduanya harus karam seiring dengan tenggelamnya Kapal Van Der Wick.

Kisah cinta yang mendayu dan mengharu-biru ini dijelmakan oleh HAMKA dengan bahasa yang  rancak, indah khas melayu. Jangan berharap menemukan kata-kata berbau makian meski dalam settingan ceritanya diliputi amarah atau kekecewaan. Walaupun masih menggunakan gaya bahasa “ tempoe doeloe “ novel ini secara keseluruhan tidaklah menjemukan. 

Diluar kisah romantik banyak ilmu dan pengetahuan yang bisa kita dapat dari novel ini, pertama mengenai adat dan budaya Minangkabau yang bersifat matrilinear ( menurut garis keturunan ibu ). Dan yang lain mengenai metafora kerana seperti kita ketahui bahwa penulis berasal dari Minangkabau tentu saja gaya melayunya yang sangat kental menjadi jiwa dari novel ini.

“ Di belakang kita berdiri satu tugu yang bernama nasib, disana telah tertulis 'roll' yang akan kita jalani. Meskipun bagaimana kita mengelak dari ketentuan yang tersebut dalam nasib itu, tiadalah dapat, tetapi harus patuh kepada perintahnya”.






Asal Usul Hantu Pocong (Tinjauan Syariah)


Benarkah asal usul hantu pocong itu dari orang yang meninggal dunia dan sewaktu dimakamkan tali kain kafan mereka tidak dilepas, sehingga arwah si mayat beterbangan tidak tenteram untuk meminta tolong dibukakan tali kafannya.

Jawab:


Bismillah was shalatu was salamu ‘ala Rasulillah, amma ba’du,Banyak diantara aqidah dan keyakinan yang tersebar di masyarakat kita, yang bersumber dari mitos dan tahayul. Sama sekali tidak didukung dengan dalil, baik al-Quran, hadis, maupun keterangan sahabat.


Diantaranya fenomena tentang pocong. Sebagian masyarakat meyakini, pocong adalah jelmaan dari mayat yang kain kafannya lupa tidak dibuka ketika dimakamkan. Kerana tidak dibuka, dia gentayangan dan mendatangi rumahnya atau masyarakat lainnya.Ada beberapa sisi negatif dari keyakinan ini,


Pertama, keyakinan mayit kembali ke rumah setelah dimakamkanIni termasuk keyakinan jahiliyah, yang telah diingkari oleh Allah dalam al-Quran. Allah berfirman :


حَتَّى إِذَا جَاءَ أَحَدَهُمُ الْمَوْتُ قَالَ رَبِّ ارْجِعُونِ . لَعَلِّي أَعْمَلُ صَالِحًا فِيمَا تَرَكْتُ كَلَّا إِنَّهَا كَلِمَةٌ هُوَ قَائِلُهَا وَمِنْ وَرَائِهِمْ بَرْزَخٌ إِلَى يَوْمِ يُبْعَثُونَ


Demikianlah Keadaan orang-orang kafir itu), hingga apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka, Dia berkata:


“Ya Tuhanku kembalikanlah aku (ke dunia), agar aku bisa berbuat amal yang soleh yang telah aku tinggalkan. sekali-kali tidak".

Sesungguhnya itu adalah perkataan yang dia ucapkan saja. dan di hadapan mereka ada dinding sampal hari mereka dibangkitkan. (QS. Al-Mukminun: 99 – 100)

Allah mengabarkan bagaimana orang kafir menyesali hidupnya. Mereka berharap agar dikembalikan ke dunia di detik-detik menghadapi kematian. Sehingga mereka mendapat tambahan usia untuk memperbaiki dirinya. Namun itu hanya ucapan lisan, yang sama sekali tidak bermanfaat baginya. Kemudian Allah menyatakan bahwa setelah mereka mati akan ada barzakh, dinding pemisah antara dirinya dengan kehidupan dunia. Mereka yang sudah memasuki barzakh, tidak akan lagi bisa keluar darinya. (Tafsir As-Sa’di, hlm. 559).Kedua, keyakinan bahawa roh mayat masih di dunia.


Keyakinan ini bertentangan dengan aqidah islam bahawa orang yang meniggalkan rohnya berada di alam barzakh.


Pada surat Al-Mukminun di atas, Allah telah menegaskan bahwa ada barzakh (dinding pemisah) antara orang yang telah meninggal dan kehidupan dunia. Dan itu terjadi sejak mereka meninggal dunia. Selanjutnya masing-masing sudah sibuk dengan balasan yang Allah berikan kepada mereka. Ruh orang baik, berada di tempat yang baik, sebaliknya, ruh orang jelek berada di tempat yang jelek.


Dalam sebuah riwayat, seorang tabiin bernama Masruq pernah bertanya kepada sahabat Ibnu Mas’ud radhiyallahu ‘anhu, tentang tafsir firman Allah :


وَلَا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَاتًا بَلْ أَحْيَاءٌ عِنْدَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ



Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup disisi Tuhannya dengan mendapat rezki. (QS. Ali Imran: 169)


Ibnu Mas’ud menjawab, “Saya pernah tanyakan hal ini kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, dan beliau menjawab :


أرواحهم في جوف طير خضر لها قناديل معلقة بالعرش تسرح من الجنة حيث شاءت ثم تأوي إلى تلك القناديل فاطلع إليهم ربهم اطلاعة ، فقال : هل تشتهون شيئا ؟ قالوا : أي شيء نشتهي ونحن نسرح من الجنة حيث شئنا . ففعل ذلك بهم ثلاث مرات ، فلما رأوا أنهم لن يُترَكوا من أن يَسألوا قالوا : يا رب نريد أن ترد أرواحنا في أجسادنا حتى نقتل في سبيلك مرة أخرى ، فلما رأى أن ليس لهم حاجة تُركوا


“Ruh-ruh mereka di perut burung hijau. Burung ini memiliki sarang yang tergantung di bawah ‘Arsy. Mereka bisa terbang kemanapun di syurga yang mereka inginkan. Kemudian mereka kembali ke sarangnya. Kemudian Allah memperhatikan mereka, dan berfirman: 


‘Apakah kalian menginginkan sesuatu?’ Mereka menjawab:

‘Apa lagi yang kami inginkan, sementara kami bisa terbang di syurga ke manapun yang kami inginkan.’ Namun Allah selalu menanyai mereka 3 kali. Sehingga ketika mereka merasa akan selalu ditanya, mereka meminta:

‘Ya Allah, kami ingin Engkau mengembalikan roh kami di jasad kami, sehingga kami boleh berperang di jalan-Mu untuk kedua kalinya.’ Ketika Allah melihat mereka sudah tidak mengikut apapun lagi, mereka ditinggalkan.” (HR. Muslim no. 1887)

Demikian pula roh orang yang jahat. Mereka mendapat hukuman dari Allah sesuai dengan kemaksiatan yang mereka lakukan

x