Wednesday, 8 July 2015

Mereka yang tergolong sebagai Tamil dan tak dapat bertutur dalam Bahasa Melayu walau Bahasa Pasar sekalipun. Mereka masih mempunyai talian kekeluargaan yang rapat dengan negara asal. Mereka menonton filem Tamil dan lebih mengetahui perkembangan politik di Tamil Nadu dari politik Malaysia. Mereka membaca Tamil Nesan dan Tamil Nanban setiap hari untuk mengetahui perkembanagn di Tamil Nadu dan India. Ramai ahli kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) tergolong dalam kumpulan ini.
Sebelum tahun 1970, kelompok 3 dan 4 di atas kebiasaanya bersikap prejudis terhadap orang Melayu. Ramai antara mereka bukan warga negara dan menggelar orang Melayu dengan slanga ‘yalayan-katti’. Terma ini dicipta oleh pekerja estet, dan diguna-pakai oleh kebanyakan orang Tamil termasuk India Muslim.

‘Yayalan’ bermaksud dawai, dan ‘Katti’ membawa maksud ‘ikat’. Jadinya ‘yalatan katti’ membawa pengertian ‘seorang yang mengikat dawai’. Apa maksudnya?

Bila getah mula ditoreh di Malaya, pihak British mendapati penoreh getah orang Melayu gagal menoreh dengan baik malah lebih banyak mendatangkan kecederaan kepada pohon getah yang menyebabkan hasilnya berkurangan. Berbeza dengan hasil-kerja pekerja Tamil yang dibawa dari India. Sejak itu, orang Melayu hanya diberi tugas membuat kerja yang lebih mudah – mengikat dawai penyangkut cawan ke pohon getah. Dan dari situlah nama ‘valayan-katti’ bermula.

Nama lain yang mereka gunakan untuk orang Melayu ialah ‘naattu kaaran’ atau ‘naattan’ yang membawa erti ‘peribumi’.

Sebelum 1970, kelompok 3 dan 4 di atas memandang sepi (pandang sebelah mata) terhadap orang Melayu. Selepas 1970, dan dengan pelancaran DEB, mamak-mamak ini mula buka mata. Mereka bergantung harap kepada orang Melayu untuk serba serbinya, khususnya untuk mendapatkan ‘permit kemasukan’ atau mendapatkan status pemastautin tetap. Sebelum pelancaran DEB, tidak ramai golongan ini yang berkahwin dengan penduduk tempatan. Mereka akan kembali ke India untuk mencari jodoh.

Trend untuk berkahwin di India lenyap setelah kerajaan memperkenalkan dasar DEB. Susulan dari keengganan orang Melayu (kerajaan) memberi ‘permit kemasukkan’ kepada pasangan isteri atau suami yang dikahwini di India, kadar perkahwinan antara mamak dan Melayu meningkat dengan mendadak.

Hari ini, penyerapan mamak dalam keluarga Melayu menerusi perkahwinan kian bertambah, malah bukan asing lagi untuk keluarga mamak bermenantukan orang Melayu.

Pasca 1970, golongan mamak ini menyedari bahawa kuasa politik dan ekonomi telah beralih kepada orang Melayu. Namun, mereka tidak menghadapi masalah dengan peralihan kuasa kerana ramai dari golongan ini yang memegang jawatan tinggi dalam kerajaan. Speaker pertama Parliamen sebagai contoh – CM Yusuf – adalah mamak. Walaupun pada mulanya kelompok 3 dan 4 yang tersebut di atas sukar untuk menjadikan diri mereka sebagai orang Malaysia, tapi pada hari ini mereka berlumba-lumba untuk diiktiraf sebagai bumiputra, untuk mendapatkan ‘bin’ dalam sijil kelahiran dan kad pengenalan.

Hari ini, beribu-ribu ahli UMNO keturunan mamak yang taksub memperjuangkan hak orang Melayu. Dalam PAS juga ada mamak yang memperjuangkan Islam (hak Melayu). Hanipa Mydin adalah mamak tulen. Munkin juga Husam Musa ada pertalian darah dengan mamak.

Dalam parti Keadilan, Abdul Rahman Othman juga mamak tulen.

Dalam perkhidmatan awam dan dunia koporat Melayu, terdapat beribu-beribu orang mamak yang terlibat melaksanakan DEB.

Untuk mencari Melayu tulen di Pulau Pinang amat sukar. Selewat dekad 80an, mereka hanya boleh ditemui di Sungai Ara, Balik Pulau dan di tempat-tempat tertentu.

No comments:

Post a Comment