Friday 27 March 2015

Sifat Pohon Yahudi (Gharqad)



Sifat penanaman pokok yahudi (gharqad) di wilayah palestine :-

1. Hutan laut tengah dan hutan semak belukar (2209 spesies)
2. Padang rumput dan hutan semak belukar (1434 spesies)
3, Semak belukar yang berumput (1062 spesies)
4. Padang pasir (1058 spesies)
5. Tumbuh-tumbuhan hijau di Gunung Hermon (991 spesies)

Al-'Ausai  atau Gharqad, si pohon Yahudi laknatullah

Nama Latin : Lycium Shawii Roem, Lycium Arabicum Schawiein Fex, Boiss Lycium Persicum Miers

Nama pokok yang dikenali sebagai 'Ausaj', 'Gharqud Sahnun' dan 'Pohon Yahudi', Rasulullah bersabda tentang peperangan 'Majdaliun' (Armageddon), puak Yahudi akan bersembunyi di balik pohon apa je, dan pohon-pohon tersebut akan mendedahkan kewujudan (menyorok) mereka dengan mengatakan, "Ada Yahudi bersembunyi dibelakangku, kemari dan bunuhlah dia!" kecuali pokok 'Gharqad' yang 'senyap/berdiam diri/bersekongkol'.
Wallahu a'lam.

Sifat Pokok Gharqad

Pohon yang berduri keras dan durinya beracun, tingginya mencapai sehingga1-2 meter. Akarnya mengeluarkan duri dan zaghab (bulu), khususnya pada bahagian hujung. Daunnya berbentuk seperti sudu kecil, berwarna hijau segar, biasanya 3 daun dilengkapi dengan duri-duri. Bunganya berwarna putih kebiru-biruan, buahnya berwarna merah bersaiz lebih kurang dengan biji buah 'Himsh'.

Manfaat Perubatan:-

Merawat penyakit tidak boleh buang air, buahnya bermanfaat merawat penyakit usu besar dan merawat penyakit kuning. 

Pokok ini selalunya berdaun di sepanjang musim, wa'ima pertumbuhannya mengalami pembaharuan pada selang antara bulan Mac-April.

Dialah 'pokok Yahudi' yang sekarang Bangsa Yahudi menanamnya secara 'mega', kerana disebutkan di akhir zaman, batu dan pokok-pokok boleh bercakap / bersuara kecuali pohon ini (gharqad).

Oleh : Alam Kasia

No comments:

Post a Comment