Thursday 2 April 2015

Isteri Kita, Hur'ain (bidadari) Pun Tewas Di Akhirat


Jika kau melihat ke langit, ada kilat di langit. Jadi kau bertanya pada malaikat "cahaya apa itu di langit?", Jadi para malaikat menjawab "tidakkah kau tahu?" "Aku tidak tahu, apakah itu?" "itu adalah isteri-isterimu di syurga yang tersenyum. Dan ketika mereka tersenyum, maka ada kilat di langit". Hadith sahih dalam Musnad Imam Ahmad, bahawa ketika wanita-wanita syurga tersenyum, menyebabkan kilat di langit.

Ibnu Qayyum R.H juga membicarakan tentang Hur'ain dan para wanita di syurga, Dia memberitahu tentang Hur'ain dan berkata, "Jika wanita di dunia dapat di buat dari tanah menjadi cantik, bayangkan bahan dasar dari Hur 'ain (bidadari) adalah Zafaron." Mereka berbuat Zafaron., tidak dari tanah. Dan jika wanita dapat dibuat cantik hanya dari tanah, bayangkan bagaimana cantiknya jika wanita di ciptakan dari Zaffron.

Ibnu Qayyum R.H menyebutkan bahawa kamu boleh melihat sum-sum tulang betis mereka, begitu indahnya mereka. Dia memberitahu tubuh mereka, kecantikan mereka, muzik mereka, tentang mereka bernyanyi kepada suami mereka. Memberitahu betapa cantikdan mengagumkannya mereka dan harumnya mereka. Dia memberitahu tenaga yang diberikan Allah padamu untuk meniduri isteri-isterimu, dia memberitahu penghuni syurga tidak pernah tidur, dan dia memberitahu penghuni syurga tidak berjanggut, wanita- wanita syurga tidak berhijab, berhijab disyaratkan hanya di dunia.

Dalam hadith sahih, Aisyah R.A melihat sekumpulan berdandan lalu didepannya, dan ketika Aisyah lalu, bidadari sepenuhnya ditutupi pakaian hitam, Aisyah melihatnya lalu berkata "nikmatilah di dunia ini! Untuk kalian di dunia ini, untuk kami di akhirat." Allahuakbar! begitulah keteguhan wanita yang salehah.

Jadi, bagi para wanita yang harus menutupi dirinya dengan berhijab, maka tutupilah! untuk kalian adalah kecantikkan di akhirat kelak! Jadi ketika seorang suami beristerikan Hur'ain, Ibnu Qayyum R.H memberitahu dalam hadith sahih dalam Musnad Imam Ahmad, bahawa pada saat itu akan datang wanita lain, seorang wanita dengan kecantikan dan maha kesempurnaan yang akan membuat seorang 'raja' melupakan wanita-wanita lainnya, wanita ini adalah wanita dunia, iaitu...

Isterimu..

MashaAllah!

Oleh : Alam Kasia

No comments:

Post a Comment